Tuesday, March 16, 2010

Kemunculan Ah Meng

Ahmeng ialah seorang yang bercampur bangsa.Antara bangsanya ialah melayu dan cina.Nama sebenarnya ialah Amen.Dia berasal daripada sesuatu tempat yang dipanggil atas tapak ajaib buddha.Dia mempunyai kungfu tapak ajaib buddha.Dia pernah menumpaskan seorang yang handal berkungfu.Iaitu Dusgada(seorang yang bercirikan kung fu monyet).Dia diberi nama oleh Asifatugita.Asifatugita ialah seorang Pak Rock.Dia bersama kawannya iaitu Syarimatugita.Kawannya itu ialah seorang yang yang gila rock.Suara mereka berdua ini amat merdu seperti nyanyian artis yang berasal dari jepun.Ah Meng berkerja sebagai guru kung fu. Ini gambarnya.....

Friday, September 11, 2009

Hadis Yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikafan, lelaki itu berada di antara kain kafan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

Wallahu a'lam.

Hikmah pengharaman babi

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Kejadian berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahasia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam,

‘Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, karena ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?’

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, ‘Untuk apa semua ini?’ Beliau menjawab, ‘Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.’ Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.

Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan.

Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, ‘Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.’

http://www.geocities.com/bil_hikmah/hikmah.htm

Thursday, September 10, 2009

suka makan udang?

Anda suka makan udang geragau@udang kering? Teliti gambar di bawah dan nilaikan sendiri....

masak dengan nasi goreng sedap niii....

dijemur atas kanvas...sepatutnya jemur atas pangkin.

dipijak-pijak udang tu dengan selipar...seluar pendek lagi.

kasut tu la yang diguna masuk tandas atau ke mana-mana...isk..isk

oppsss...apa tu?


Nah..betapa enaknya udang geragau yang bakal tiba di rumah kita. Dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak udang geragau yang sedang dijemur tersebut.

Akhirnya...Perhatikan anjing yang kencing hanya beberapa inci dari kanvas. Astagfirullah! Dalam keadaan kita sibuk dengan industri halal,sebenarnya masih banyak lagi perkara syubhah yang terdapat di sekeliling kita. Carilah yang halal dan bersih dalam setiap kehidupan kita kerana yang halal dan bersih itulah salah satu syarat ibadat kita diterima_Nya. Allahhu Akbar!

...Terima Kasih buat sahabat yang berkongsi gambar ini....

Tuesday, September 8, 2009

Kelebihan Ramadhan

LOGIKNYA, apabila kita diberi petunjuk jelas tentang kehadiran Lailatulqadr - malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan - pada malam-malam ganjil di hari-hari sepuluh terakhir Ramadan, tentu tiada siapa yang akan meremehkannya.

Ya, apa sukarnya untuk menghidupkan malam dengan melakukan ibadah sepenuhnya hanya pada beberapa malam tertentu itu, tetapi ganjarannya cukup luar biasa?

Namun realitinya, insan begitu mudah alpa dan leka, tawaran sehebat mana pun, jika tidak didahului dengan jiwa tauhid yang mantap dan latihan yang konsisten, maka pada saban tahun, segalanya akan berlalu begitu sahaja.

Saya cuba mengingatkan diri yang kerdil ini - berkali-kali - bahawa kita masih belum terlambat untuk merebut tawaran Ilahi itu. Ramadan, bulan di mana nafas orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi kasturi. Bulan di mana setiap malamnya Allah akan membebaskan seratus ribu orang yang sebelumnya diwajibkan ke atas mereka neraka.

Justeru, penuhkanlah malam dan siangnya dengan al-Quran, istighfar, zikir, taubat, sedekah, solat sunat dan beribadah dengan khusyuk. Sucikanlah hati, mohonlah keampunan seikhlasnya, cantas segala keinginan syahwat, moga-moga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.



Monday, July 27, 2009

landasan unik

Berikut ini adalah foto landasan unik di dunia. Unik kerana rekabentuk landasannya.Lihat dan perhatikan keunikan gambar-gambar di bawah ini.Agak-agaknya landasan mana yang paling unik?

1. Tioman Island, Off the coas of Malaysia

gambar unik

2. Wake Island, Pacific Ocean

gambar unik

3. Macao International Airport

image004

4. Kuujjuaraapik, Quebec

image005

5. A Rock, Of the coast of Greenwood ( Canadian Military Labrador Helicopter)

gambar unik

Jangan hidupkan enjin...

Saya ada info untuk kongsi ngan anda semua. mungkin ada antara anda yang dah pernah terbaca artikel nie,buat yang belum tahu...artikel nie untuk anda baca.

Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.